SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUSINAH BINTI HASHIM
Terbang Tinggi Burung Kenari,
Hinggap Sebentar Di Pohon Jati,
Menuntutlah Ilmu Setiap Hari,
Hidup Berguna Terus Berbakti...
Isnin, 30 April 2012
Khamis, 5 April 2012
PERIBAHASA
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.
Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti
berikut:-
a. Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan
perbilangan
(pepatah).
b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
c. Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:-
- Simpulan bahasa
- Perumpamaan
- Bidalan
- Pepatah atau Perbilangan
Bukan Peribahasa:
- Kiasan
- Metafora
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan
mempunyai maksud yang khusus.
Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah
kata-kata dalam ungkapan.
Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah
dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang
masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat
Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
Contoh: mandi kerbau, mata
duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai,
buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan
sebagainya.
Perumpamaan
Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis,
iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang
menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan
perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara
terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak
disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
Contoh perumpaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.
Contoh perumpamaan yang tidak disebut
perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Bidalan
Gambar Sekadar Hiasan. |
Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata
sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah
bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan
pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.
Pepatah atau Perbilangan
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang
hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun
berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris
atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat
perbilangan atau perkataan.
Ia berkait rapat dengan adat istiadat,
undang-undang atau peraturan masyarakat
Langgan:
Catatan (Atom)